Pekerjaan Yang Terpuji: Terjemahan Kitab Kaifa Takunu Ghoniyan


Pekerjaan Yang Terpuji: Terjemahan Kitab Kaifa Takunu Ghoniyan



Disebutkan dalam satu hadith Nabi Muhammad s.a.w:


َمن طَلَ َب ال ُّدنيَا َحَلاًلا ُم َكاثَرا ُمَفا َخًرا
لَِق َي الله َوُهَو َعلَيِه َغضبَان,
َوَمن طَلَبَ َها اِستِعَفافًا َع ِن الدسأَلَة, َو ِصيَانَةً لِنَف ِسِه,
َجاءَ يَوَم الِقيَاَمة َكالَقَمِر لَيلَة البدر


Maksudnya:
“Sesiapa mencari harta dunia yang halal berbangga denganbanyaknya hartanya, dia akan bertemu dengan Allah nanti dalam keadaan Allah memurkainya. Sesiapa mencari harta dunia yang halal kerana untuk mencukupi keperluan kehidupannya dan untuk menyucikan jiwanya (iaitu tidak meminta-minta), dia akan datang pada hari kiamat nanti seperti terangnya bulan purnama di malam hari.”


Jadi ketika kamu hendak pergi kepada perniagaanmu atau tempat di mana ianya adalah sumber pendapatan pencarianmu, maka hendaklah kamu berniat di hati seperti niat-niat di bawah ini:

1. Mencari rezeki yang halal.
2. Mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.
3. Memelihara diri dari melakukan kejahatan.
4. Menyara keluarga.
5. Mencukupi keperluan daripada meminta-minta.
6. Berakhlak baik dengan orang sekeliling.
7. Menunaikan zakat dan memberikan hak yang sepatutnya kepada mereka yang wajib diberikan hak.

Ganjaran yang Allah akan berikan apabila kita mengamalkan tujuh niat di atas adalah Allah akan menjadikan wajah kita bersinar-sinar seperti purnama ketika bertemu dengan-Nya.

Daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

َمن طَلَ َب َحَلالا اِستِعَفافًا َع ِن الدسأَلَة, َوكِِّدا َعلَى ِعيَالِِه
َوََعاطًُفا َعلَى َجاِرِ لَِق َي اللهَ َوجَههُ َكالَقَمِر ليلة البدر


Maksudnya:
“Sesiapa mencari rezeki yang halal untuk menahan dirinya dari meminta-minta, menyara keluarganya dan berakhlak baik dengan orang disekelilingnya nanti dia akan bertemu Allah dengan wajahnya bersinar umpama bulan purnama yang terang di malam hari.

8. Bersifat warak dalam perniagaan. Jangan sekali-kali membiarkan setiap pencarian dan keuntungan membawa kamu kepada perkara yang diharamkan Allah ,جل جلالهsekalipun semua keuntungan dunia mengadap kamu.

9. Ikhlas dalam berkerja dan memberi nasihat kepada mereka yang bergaul denganmu.
10. Berniatlah juga untuk membantu kaum muslimin dengan harta dan perkerjaanmu.
11. Hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah ketika berkerjadengan penuh pengharapan kepada Allah.



Dalam satu hadith Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

ذَاكَِر الله ِفِ الغَافِلِين ِبَِنِزلَة ال َّصابِِر ِفِ الغَاِزين

Maksudnya:
“Orang yang berzikir kepada Allah ketika orang lain sedang leka seperti kedudukan orang yang bersabar dalam peperangan.”
hj

Komentar