Pekerjaan Yang Tercela: Terjemahan Kitab Kaifa Takunu Ghoniyan Lengkap



Sesungguhnya Islam mengajak umatnya berkerja mencari rezeki yang halal. Islam juga membenarkan perniagaan yang berlandaskan syariat serta yang mendatangkan manfaat.

Adapun perniagaan yang memberikan kemudharatan kepada individu atau masyarakat, maka perniagaan seperti itu adalah dilarang dalam agama bahkan hasil rezekinya juga adalah sesuatu yang syubhah atau yang meragukan. 

Seperti perniagaan yang dilakukan bersama-sama dengan syarikat rokok, ianya membantu dalam merosakkan orang ramai.Maka ia tidak terlepas daripada perkara syubhah iaitu sesuatu yang dekat dengan perkara haram. 

Jadi, sesiapa yang bekerja dan berniaga, atau perkerjaannya menghampiri kepada perkara syubhah maka hendaklah dijauhkan, kerana Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم bersabda:


ِع َما يُِريبُ َك إَِ َما َلا يُِريبُ َك


“Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu.


Sesungguhnya sebahagian para ulamak ada berfatwa bahawa merokok atau sesuatu yang menolong ke arahnya adalah makruh. Bahkan sebahagian besar para ulamak ada berfatwa bahawa ia adalah haram.


Oleh sebab itu, aku menasihatkan kepada semua agar menjauhi sesuatu yang meragukan, yang mengwas-waskan dan yang membahayakan tubuh badan, serta jauhkan diri daripada menceburi perniagaan seperti itu.


Carilah perniagaan yang dibenarkan oleh agama iaitu yangmemberi manfaat kepada masyarakat dan membantu mereka dalam beramal soleh.


Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda:


َم ِن اََّقى ال ُّشبَهات فََق ِد استَ َبرأَ لِِدينِِه َوِعر ِضِه, َوَمن َوقََع ِفِ
ال ُّشبَهات َوقََع ِفِ الحََرام.


Maksudnya:
“Sesiapa yang menjauhi perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah menyucikan agama dan dirinya, sedangkan sesiapa yang masuk ke dalam syubhah maka dia telah masuk ke dalam perkara yang haram.



Komentar